SELAMAT DATANG KE SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI, JOHOR.

Rabu, 15 Jun 2011

BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH

SENARAI JAWATANKUASA
BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA
TAMAN KOTA JAYA
SESI 2010 HINGGA 2012


PENGERUSI :
TN.HJ. SUKARTI BIN KANDARI - 019-7184007
NAIB PENGERUSI :
RAJA KAMARUZZAMAN BIN RAJA SALIM 016-6328832
SETIAUSAHA :
USTAZ AHMAD TUGI BIN HJ.SIRAN -012-7637051
PEN.SETIAUSAHA :
USTAZ MOHD.NAJIB BIN ABD.HAMID - 012-7464225
BENDAHARI :
USTAZAH ROAMIZAH BINTI ABDUL HAMID
JAWATANKUASA :
1. USTAZAH RAHAYU BINTI ABDUL HAMID
2. USTAZAH HJH. SITI MAIMUNAH BINTI KAMILAN
3. USTAZAH ZALEHA BINTI OMAR
4. USTAZAH PUTRI NORADLIZA BINTI MD. NOR
5. USTAZAH SITI NOR FADHLINA BINTI IBRAHIM
6. USTAZ HASHIM BIN HASBULLAH - 07-8830315
7. PUAN FARIDAH BINTI HUSSIN - 07-8833361
8. PUAN ZUBAIDAH BINTI MOHD.KHALID - 012-7414168
9. EN.SURADI BIN OMAR - 019-7851488
10. ROSHUSAINI BIN MOHD.NOR

PEMEGANG AMANAH:
1. TN.HJ.JURI BIN RASMAN
2. PN.JUMIZAH BINTI AHMAD DEBUAN

PEMERIKSA KIRA-KIRA :
1. EN.SYAHIDAN BIN HASHIM - 012-7425826
2. DR. ABDUL JABAR BIN ISHAK

ERATURAN-PERATURAN BADAN KEBAJIKAN
SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JOHOR 1993

Aktiviti-Aktiviti Yang Telah
Dijalankan Sepanjang Tahun:
1.MAJLIS MESYUARAT AGUNG 2010
2.MAJLIS TILAWAH ZON 1 2011
3.SAMBUTAN HARI GURU 2011
4.HARI EKSPO DAN HARI TERBUKA SEK. 2011

Rabu, 18 Mei 2011

SISIPAN TAZKIRAH

Kisah Sepohon Epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.....

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu." Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah.

Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.

Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak aada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.




PEREMPUAN CANTIK YANG BERZINA:

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meroyakkan hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik.
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina.”

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan durjana, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Dia tak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?”

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian terharu.

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

(Dikutip dari buku 30 Kisah Teladan - KH Abdurrahman Ar-Roisy)
















Hari Guru 2011

Selasa, 15 September 2009

Selasa, 8 September 2009

SEHARUM KASIH

Guru-Guru Yang Telah Berkhidmat
Di Sekolah Agama Taman Kota Jaya.
---------------
Ustaz Hj.Amir bin Hj.Kasman - Guru Besar
Ustaz Hj.Muhammad.Juri bin Hj.Rasman - Guru Besar
Ustaz Johri bin Hj.Wahab - Guru Besar
Ustazah Arbainah binti hj Sameon- Guru Besar jan2009-dis2010

Rabu, 2 September 2009

GALERI GAMBAR



Konvokesyen Darjah Khas 2008 pada 1 .8.2009

Konvokesyen Darjah Khas 2007

Sabtu, 18 Julai 2009

LATAR BELAKANG SEKOLAH


SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA.


Jalan Delima, Taman Kota Jaya,


81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.




TELEFON / FAX :


07-8827805


NOMBOR PENDAFTARAN:


SAKJ / 8059



MOTTO SEKOLAH:
AL-ILMU MAAL AMAL ASAS AN-NAJAH
(EDUCATE AND PRACTICE BASIC OF SUCCESS)








KETERANGAN LOGO SATKJ:
WARNA KUNING
KETAATAN, KESETIAAN DAN KELUHURAN YANG UNGGUL SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN WARGANEGARA MALAYSIA
WARNA HIJAU
KECEMERLANGAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI UNTUK KEBAHAGIAAN MANUSIA SEJAGAT
WARNA BIRU
KEHARMONIAN DARI ASPEK INTELEK, ROHANI DAN JASMANI
BENTUK-BENTUK SEGIEMPAT
MENUNJUKKAN INSTITUSI PENGAJIAN YANG TERLETAK DI TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI JOHOR DARUL TA’ZIM
BENTUK BULATAN
PERPADUAN DAN JALINAN UKHWAH DI ANTARA WARGA PENDIDIK, PELAJAR DAN MASYARAKAT





SEJARAH PEMBUKAAN SEKOLAH:



>SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA DIBUKA PADA 03 JANUARI 2000. PADA AWALNYA SEKOLAH INI MEMPUNYAI SERAMAI 500 ORANG PELAJAR. GURU YANG DI AMANAHKAN MENGAJAR SERAMAI 6 ORANG. 3 ORANG GURU KERAJAAN DAN 3 GURU PERINTIS.



>PADA AWAL PEMBUKAANNYA SEKOLAH INI BEROPERASI DENGAN MENUMPANG DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA DENGAN PERUNTUKAN SEBANYAK 6 BILIK DARJAH DAN HANYA DAPAT MENJALANKAN SESI PERSEKOLAHAN PADA WAKTU PETANG SAHAJA.


>PADA TAHUN 2001, SETELAH BANGUNAN 3 TINGKAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA SIAP DIBINA, SEKOLAH AGAMA INI DAPAT MENJALANKAN DUA SESI PERSEKOLAHAN IAITU SESI PAGI & PETANG DENGAN JUMLAH 12 BILIK DARJAH. JUMLAH MURID TELAH MENINGKAT SERAMAI 1000 ORANG DENGAN 17 ORANG TENAGA PENGAJAR.



>PADA 06 JANUARI 2001, SEKOLAH INI MULA MENGGUNAKAN BANGUNAN SENDIRI. DUA BLOK BANGUNAN 2 TINGKAT (BLOK A & B) TELAH SIAP DIBINA DI KAWASAN TAMAN KOTA JAYA DENGAN BANTUAN MODAL SEBANYAK RM 1.8 JUTA DARIPADA JABATAN AGAMA JOHOR. SEMUA PELAJAR DAN GURU SEKOLAH INI BERPINDAH DIBANGUNAN YANG BARU.



>SEKOLAH INI DINAMAKAN SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA SEMPENA NAMA KAWASAN PERUMAHAN TAMAN KOTA JAYA. KINI IA MEMPUNYAI SERAMAI 1427 ORANG MURID DAN 29 ORANG TENAGA PENGAJAR.







PIAGAM PELANGGAN:
KAMI WARGA SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:


>MEMASTIKAN DAN MEMPERCAYAI BAHAWA SEMUA MURID BOLEH DIAJAR, BOLEH BELAJAR DAN MAMPU MENCAPAI KEJAYAAN..

>MEWUJUDKAN SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI DALAM PRASARANA YANG CERIA, BERSIH DAN SELESA.

>MEMBERIKAN LAYANAN MESRA, PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN TERBAIK KEPADA SEMUA PELANGGAN YANG BERURUSAN DENGAN KAMI.

>BERSEDIA MEMBERI PENERANGAN DAN MAKLUMAT TERKINI DENGAN LENGKAP, TEPAT DAN CEPAT KEPADA YANG TERLIBAT.

>BERSEDIA MENERIMA PANDANGAN, CADANGAN DAN TEGURAN YANG MEMBINA UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN PRESTASI SEKOLAH.







FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN:


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA YANG BERTERUSAN KEARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN SEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK ,ROHANI , EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN , BERAKHLAK MULIA , BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI, SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.








FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM:


PENDIDIKAN ISLAM ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU , KEMAHIRAN DAN PENGHAYATAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH BAGI MEMBENTUK SIKAP , KEMAHIRAN , KEPERIBADIAN DAN PANDANGAN HIDUP SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUN DIRI, MASYARAKAT , ALAM SEKITAR DAN NEGARA KEARAH MENCAPAI KEBAIKAN DIDUNIA DAN KESEJAHTERAAN ABADI DI AKHIRAT.

Khamis, 16 Julai 2009

GURU-GURU/GAMBAR SEKOLAH

GURU-GURU SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA
GURU-GURU SESI PETANG:
1. USTAZ AHMAD TUGI BIN HJ.SIRAN (GURU BESAR).
2. .USTAZAH HJH.SITI MAIMUNAH BT KAMILAN
3. .USTAZAH HASHRIZA BINTI HAMZAH.
4. USTAZ MOHD. RIDZUAN BIN HJ.AWANG .
5. USTAZ SAIFULNIZAM BIN SHAHARI.

6. USTAZAH RUHAINI BT ABDULLAH.

7.USTAZAH ROHANI BINTI YUKIMAN.
8.USTAZAH SUZIYANA BT TARPANI.
9. USTAZAH ROAMIZAH BT ABDUL HAMID
10. USTAZAH NOR ADRIN BINTI MOHD SHAH.
11. USTAZAH NORLELA BINTI MUZAMIL .
12.USTAZAH ZALIZA BINTI ALI.
13. USTAZAH SHARILA AIDA BINTI SAFIEE.
14. USTAZAH HASLINA BINTI HASHIM.
15. USTAZAH AZMALIZA BINTI JUSOH.
16. NORZAKIAH BT SAMSUDIN

GURU-GURU SESI PAGI:
1. USTAZAH RAHAYU BINTI ABDUL HAMID (GPK1) .019-7564413
2. USTAZAH ZALEHA BINTI OMAR

3. USTAZ MOHD.NAJIB BIN ABDUL HAMID .
4. USTAZAH HJH. AMINAH BINTI BASRI
5. USTAZAH RUMANA AZMI BINTI ABD.MANAN .
6. NOR FADHLINA BINTI IBRAHIM .
7. USTAZAH PUTRI NUR ADLIZA BINTI MOHD. NOR
8. USTAZAH ZUHAILAH BINTI ALI
9.NOR PUTRI ADLIZA BINTI MD.NOR .
10. ZAKIAH BINTI SAMSUDIN




CLICK UNTUK LOKASI SEKOLAH


GAMBAR SEKOLAH

BANGUNAN KANTIN

BLOK B

BLOK A

PINTU MASUK