SELAMAT DATANG KE SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI, JOHOR.

Sabtu, 18 Julai 2009

LATAR BELAKANG SEKOLAH


SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA.


Jalan Delima, Taman Kota Jaya,


81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.




TELEFON / FAX :


07-8827805


NOMBOR PENDAFTARAN:


SAKJ / 8059



MOTTO SEKOLAH:
AL-ILMU MAAL AMAL ASAS AN-NAJAH
(EDUCATE AND PRACTICE BASIC OF SUCCESS)








KETERANGAN LOGO SATKJ:
WARNA KUNING
KETAATAN, KESETIAAN DAN KELUHURAN YANG UNGGUL SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN WARGANEGARA MALAYSIA
WARNA HIJAU
KECEMERLANGAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI UNTUK KEBAHAGIAAN MANUSIA SEJAGAT
WARNA BIRU
KEHARMONIAN DARI ASPEK INTELEK, ROHANI DAN JASMANI
BENTUK-BENTUK SEGIEMPAT
MENUNJUKKAN INSTITUSI PENGAJIAN YANG TERLETAK DI TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI JOHOR DARUL TA’ZIM
BENTUK BULATAN
PERPADUAN DAN JALINAN UKHWAH DI ANTARA WARGA PENDIDIK, PELAJAR DAN MASYARAKAT





SEJARAH PEMBUKAAN SEKOLAH:



>SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA DIBUKA PADA 03 JANUARI 2000. PADA AWALNYA SEKOLAH INI MEMPUNYAI SERAMAI 500 ORANG PELAJAR. GURU YANG DI AMANAHKAN MENGAJAR SERAMAI 6 ORANG. 3 ORANG GURU KERAJAAN DAN 3 GURU PERINTIS.



>PADA AWAL PEMBUKAANNYA SEKOLAH INI BEROPERASI DENGAN MENUMPANG DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA DENGAN PERUNTUKAN SEBANYAK 6 BILIK DARJAH DAN HANYA DAPAT MENJALANKAN SESI PERSEKOLAHAN PADA WAKTU PETANG SAHAJA.


>PADA TAHUN 2001, SETELAH BANGUNAN 3 TINGKAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA SIAP DIBINA, SEKOLAH AGAMA INI DAPAT MENJALANKAN DUA SESI PERSEKOLAHAN IAITU SESI PAGI & PETANG DENGAN JUMLAH 12 BILIK DARJAH. JUMLAH MURID TELAH MENINGKAT SERAMAI 1000 ORANG DENGAN 17 ORANG TENAGA PENGAJAR.



>PADA 06 JANUARI 2001, SEKOLAH INI MULA MENGGUNAKAN BANGUNAN SENDIRI. DUA BLOK BANGUNAN 2 TINGKAT (BLOK A & B) TELAH SIAP DIBINA DI KAWASAN TAMAN KOTA JAYA DENGAN BANTUAN MODAL SEBANYAK RM 1.8 JUTA DARIPADA JABATAN AGAMA JOHOR. SEMUA PELAJAR DAN GURU SEKOLAH INI BERPINDAH DIBANGUNAN YANG BARU.



>SEKOLAH INI DINAMAKAN SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA SEMPENA NAMA KAWASAN PERUMAHAN TAMAN KOTA JAYA. KINI IA MEMPUNYAI SERAMAI 1427 ORANG MURID DAN 29 ORANG TENAGA PENGAJAR.







PIAGAM PELANGGAN:
KAMI WARGA SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:


>MEMASTIKAN DAN MEMPERCAYAI BAHAWA SEMUA MURID BOLEH DIAJAR, BOLEH BELAJAR DAN MAMPU MENCAPAI KEJAYAAN..

>MEWUJUDKAN SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI DALAM PRASARANA YANG CERIA, BERSIH DAN SELESA.

>MEMBERIKAN LAYANAN MESRA, PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN TERBAIK KEPADA SEMUA PELANGGAN YANG BERURUSAN DENGAN KAMI.

>BERSEDIA MEMBERI PENERANGAN DAN MAKLUMAT TERKINI DENGAN LENGKAP, TEPAT DAN CEPAT KEPADA YANG TERLIBAT.

>BERSEDIA MENERIMA PANDANGAN, CADANGAN DAN TEGURAN YANG MEMBINA UNTUK MEMPERTINGKATKAN PRESTASI PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN PRESTASI SEKOLAH.







FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN:


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA YANG BERTERUSAN KEARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN SEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK ,ROHANI , EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN , BERAKHLAK MULIA , BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI, SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.








FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM:


PENDIDIKAN ISLAM ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU , KEMAHIRAN DAN PENGHAYATAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH BAGI MEMBENTUK SIKAP , KEMAHIRAN , KEPERIBADIAN DAN PANDANGAN HIDUP SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUN DIRI, MASYARAKAT , ALAM SEKITAR DAN NEGARA KEARAH MENCAPAI KEBAIKAN DIDUNIA DAN KESEJAHTERAAN ABADI DI AKHIRAT.